AdSense
Wednesday, December 12, 2012
SAH!!! Himpunan Tuntut Warganegara, TUDUHAN tak berasas !!! Politik Kotor Pembangkang!!!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia terbukti tidak berasas dan lebih bermotif politik.
Hishammuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan besar kerana hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.
"Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.
"Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian," katanya.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment