AdSense

Monday, November 5, 2012

Zul Nordin CABAR PAS, BERANI ke ???


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di sebuah laman portal berbahasa Inggeris mengenai hak kebabasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam dalam kenyataannya baru-baru ini.

Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu masa dahulu.

"Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.

"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

SUMBER

2 comments:

  1. DAP yang tentang Islam geng dia, PKR yang mengalakan maksiat, geng dia. PAS tak berani bersuara punya.

    ReplyDelete
  2. apa yang PAS boleh buat??? tengok la sapa "genius2" yg pegang jawatan tinggi dlm PAS??? mohd sabu mah cipap dan mahfuz bean. setakat mana kebolehan berpikir mereka untk membentangkan hujah menentang DAP yg rata2 mempunyai latar belakang akademik yg baik. malu lah org2 PAS kerana memilih golongan "sekolah tak habis" ini sebagai pemimpin yang begitu jelas cuma pandai mencipta sensasi, mereka bukti palsu, mencipta provokasi kepada UMNO/BN?KERAJAAN dan mencuri duit rakyat melalui ceramah... tak pernah dgr dua org ini bercakap mengenai ekonomi atau langkah2 praktikal utk mengatasi sesuatu masalah. tugas mereka cuma menambah beratkan sesuatu masalah dan mereka sangat teruja gembira bila dapat mencari kesalahan org lain. ini bukan cara islam yang kita tau, yang kita pelajari, INI ADALH CARA PAS !!!

    ReplyDelete