AdSense

Wednesday, November 7, 2012

PELIK TAPI BENAR : Izzah sengaja cetus provokasi dalam agama?!!!


Jika difikirkan, tiada yang mustahil dalam politik pakatan pembangkang. Pemimpin pembangkang akan melakukan apa cara sekalipun semata mata untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional.

Tidak seperti di barat, pemimpin pembangkang mereka sedaya upaya untuk bersama sama membangunkan negara dengan cara menegur serta perbaiki apa jua kelemahan, bukan dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada.

Di Malaysia, amat berbeza sekali kerana watak seperti Anwar Ibrahim masih digunakan untuk merealisasikam cita cita peribadi beliau yang idamkan jawatan Perdana Menteri sejak dekad yang lalu.

Impian yang begitu lama dipendam ini cuba diketengahkan menerusi taktik politik kotor. Setiap yang berlaku kepada pemimpin Barisan Nasional, dikatakan korupsi, kroni dan sebagainya. Tetapi apabila ia berlaku dalam parti sendiri malah lebih teruk, mereka pembangkang sedaya upaya menafikannya.

Tekini, anak perempuan Anwar yang sejak dari kecil di asuh untuk membenci kerajaan, mula bermain dengan isu akidah, satu isu yan cukup sensitif bagi umat Islam.

Ketika artikel ini ditulis, Izzah telah memberi kenyataan bahawa beliau akan heret akbar Utusan Malaysia ke kancah politiknya. Walhal kenyataan Izzah yang menyentuh soal akidah berkenaan telah dikeluarkan oleh Malaysiakini, lidah rasmi pembangkang.

Cukup bagi kita untuk menilai, provokasi yang dicetuskan oleh segelintir pemimpin pembangkang yang akan melakukan apa jua cara sekalipun bagi memenuhi impian Anwar Ibrahim.

Mudah untuk difahami, Malaysiakini antara yang terawal keluarkan isu Izzah mengenai akidah, kemudian ia diikuti Utusan Malaysia, yang menghairankan, kenapa Izzah tidak terfikir untuk mengheret Malaysiakini sekali yang didakwa sebagai fitnah, sebagaimana kenyataannya di parlimen semalam? Jelas, Izzah cuba cetus provokasi dan menuding jari kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment