Apa cerita UMNO Cheras ni?
Orang tengah sibuk marah Anwar pasal macam-macam isu, akidah, songlap duit rakyat, rompak tanah rakyat, guna dana Yahudi, amal agama Pluralisme, Ketua UMNO Bahagian Cheras ajak pelakon video porno bersama Chinna Doll itu bergabung dengan Najib?
Bergabung apa?
Baca di sini :
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," katanya.
Dipetik menerusi laman web Umno Cheras, Syed Ali berkata, sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar 'anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.
Semalam, Anwar mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul hadi Awang yang juga merangkap Presiden Pas.
"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," ujarnya.
No comments:
Post a Comment