AdSense

Monday, November 5, 2012

Rakyat Kedah patut HUKUM pakatan pada PRU13!!!


 BALING, 5 Nov. - Rakyat semua kaum di Kedah perlu menghukum kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka pada pilihan raya umum lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji yang mereka buat itu membuktikan mereka bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah termakan dengan hasutan PAS dan anggota pakatan pembangkang lain yang kini dilihat semakin terdesak meraih simpati rakyat menjelang PRU-13."PAS...menabur fitnah kononnya wang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) haram dan sebagainya yang berunsur negatif untuk memesongkan fikiran rakyat," katanya semasa merasmikan program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Baling di Perkampungan Keda Ulu Bakai di sini semalam.Pada majlis itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyampaikan sumbangan wang dan barang makanan kepada 70 warga emas dan veteran Umno.

Sumber : KLPOS

No comments:

Post a Comment