Amalan songsang yang dilaknat Allah ini semakin menular di kalangan masyarakat di bandar kecil?
Apakah benar perkara ini?
Apakah kerana wujudnya insan bernama Anwar Ibrahim dan Ambiga dalam negara kita?
Amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini kian membimbangkan apabila kini ia dikesan sudah menular ke bandar kecil.
Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata, turut membimbangkan ialah semua kaum terbabit dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.
"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.
"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Seminar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang membabitkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali.
Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy, berkata pada tahun ini lebih 1,000 pengamal LGBT telah datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk kembali ke pangkal jalan.
Beliau berkata, berdasarkan kes yang datang kepadanya, mereka yang terbabit dengan LGBT termasuk suami atau isteri orang.
Sementara itu, Raja Arif berkata seminar yang dianjurkan Pejabat Daerah itu adalah satu langkah awal yang sangat baik bagi mencegah perkara yang sangat keji itu merebak.
Katanya, sehingga ini program seumpama itu sudah dibuat sebanyak 15 siri di seluruh negara bermula di Putrajaya yang membabitkan seluruh komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
SUMBER
Siapa pemimpin yang mempertahankan budaya songsang ini?
Wujudnya pemimpin kotor sebeginilah menjadi penyebab kepada masalah moral ini.
No comments:
Post a Comment