Tuesday, November 27, 2012

Kerajaan Selangor tipu, buat rakyat istigfar panjang!


RAWANG 27 Nov. - Satu perhimpunan aman telah diadakan oleh ibu-ibu tunggal di Kampung Kenanga, Rawang bagi mengecam kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang gagal menunaikan janji pilihanraya tahun 2008 setelah berjaya mengambil alih kerajaan negeri baru-baru ini.Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 yang lepas antaranya adalah untuk memberikan elaun bulanan kepada ibu-ibu tunggal di Selangor .

Namun, hingga hari ini tiada tanda-tanda manifesto itu akan ditunaikan oleh kerajaan negeri .Lebih kurang 300 ibu tunggal menghadiri perjumpaan dengan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bagi membincangkan tuntutan yang akan dibuat oleh mereka dari kerajaan Negeri Selangor . GPRS sebelum ini telah membantu penduduk-penduduk di beberapa pangsapuri memfailkan saman kepada kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji air percuma .

SUMBER : http://www.klpos.com/politik/27811-shuhaimi-kerajaan-selangor-tidak-lantik-wakil-serah-br1m-pada-rakyat

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Mohon pautkan link kami sibuti-selamanya.blogspot.com

    Terima kasih

    Salam perjuangan dari Sarawak.

    ReplyDelete