AdSense

Monday, October 15, 2012

TPM Jawab Anwar

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM38.728 bilion kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Belanjawan 2013 yang merangkumi aspek perbelanjaan pengurusan dan pembangunan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah peruntukkan tersebut,sebanyak RM36.61 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala RM2.118 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

"Tambahan RM500 juta adalah untuk perlaksanaan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), RM900 juta diperuntukkan bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaikpulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

"Secara perbandingannya, peruntukan yang diterima oleh KPM meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu RM32.83 bilion (2010), RM36.79 bilion (2011) dan RM37.28 bilion (2012)," katanya ketika menjawab isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Baca Selanjutnya

No comments:

Post a Comment