AdSense

Monday, October 15, 2012

Nik Aziz perlu turun...

 Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut.

Katanya, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.

Hasan berkata, Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas.

"Sama ada (kehadiran itu) benar-benar menguntung atau merugikan bukan sahaja kepada Pas tetapi yang lebih penting imej, kehebatan dan keagungan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa DAP tidak pernah mengganggu Pas dan merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam pilihan raya umum akan datang agak keterlaluan.

"Lupakah Nik Aziz dan orang-orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

Artikel Penuh:

No comments:

Post a Comment