Monday, October 15, 2012

Menteri Jabatan Perdana Menteri sokong SOROS?

Tiada penguatkuasaan undang-undang untuk 'menahan' dana asing daripada masuk ke dalam negara?
Ertinya, mana-mana pertubuhan NGO tiada masalah untuk menerima dana asing.

Ahli Parlimen Batu (PKR) Tian Chua cuba mengheret pertubuhan-pertubuhan lain seperti Bulan Sabit Merah dan beberapa lagi badan NGO yang menerima dana asing ke dalam isu SOROS yang dikaitkan dengan SUARAM, nyawa Pakatan Rakyat.

Tian Chua dilihat cuba mengalih isu dan supaya isu SOROS yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat ini 'terlepas'.

Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan sememangnya tiada undang-undang untuk menyekat dana asing untuk masuk ke dalam negara.

Dalam pada masa sama Ahli Parlimen Bayan Baru (BEBAS) bingkas bangun.
Apa yang dipersoalkan, SUARAM terima dana asing adalah bertujuan 'jahat', untuk menggulingkan kerajaan.

Berbeza dengan lain-lain NGO yang terima dana asing adalah bertujuan kemanusiaan, pembangunan modal insan dan lain-lain. Jadi dana yang diterima oleh lain-lain NGO dan dana yang diterima Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang berbeza.







No comments:

Post a Comment