AdSense

Sunday, September 23, 2012

PAS sudah tak tahan : Isytihar PERANG ke atas Anwar Ibrahim?

Hari ini dalam laman sesawang Harakah Daily dilihat cuba menyerang peribadi Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Harakah Daily.Net seolah-olah mahu mengisytiharkan perang ke atas Anwar Ibrahim?
Apakah ini berlaku kerana PAS semakin hilang sabar dengan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat yang langsung tidak mengamalkan budaya Islam?

Apakah ini juga bukti jelas yang mana PAS baru sahaja sedar Anwar Ibrahim mengamalkan agama Pluralisme?

Petikan Harakah Daily.net sebenarnya adalah satu artikel umum tetapi dengan jelas cuba memberi sindiran kepada pengamal budaya songsang.

  
" Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria. 

 (Parlimen Victoria mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah dicabul kehormatan oleh paderi Katolik sejak 1930-an) 

 Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai "ngeri dan memalukan". Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak. 

Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka "mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain". 

"Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, "

No comments:

Post a Comment