Saturday, September 22, 2012

DAP tidak pernah hormat pada sesiapa!!!

Parti Democratic Action People (DAP) sememangnya sentiasa konsisten dalam setiap yang dibuat.
Sepertimana Karpal Sigh yang sejak dahulu begitu tetap dan utuh pendiriannya berhubung isu hudud.

Terbaru, Ngeh Koo Ham di Perak cetus isu sensitiviti umat Islam. Perlekehkan umat Islam. Kemudian, mintak maaf. Sekadar mintak maaf. Dan menyusul kemudian di twitter nya, tweet yang berunsur penghinaan terhadap pemimpin UMNO.

Apa punya keras kepala orang DAP ini?
Malah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw juga tidak terfikir untuk memecat Ngeh Koo Ham dari parti berhubung perbuatan biadapnya itu. Walaupun ramai yang mendesak untuk bukan hanya memecat Ngeh Koo Ham tetapi jika boleh, lucut kewarganegaraan beliau, sepertimana didesak Pertubuhan Seni Silat Lincah dan NGO-NGO lain ketika demo bantahan di Masjid Kampung Baru semalam.

Bagi DAP, cukup sekadar meminta maaf. Bukti pesalah 'menerima' nasihat daripada parti. Tetapi kenyataan maafnya itu disusuli dengan menghina orang lain pula. Jelaslah Ngeh Koo Ham dan DAP tidak pernah hormat pada sesiapa terutamanya orang Islam dan Melayu !

No comments:

Post a Comment