Blogger yang dikenali ramai sebagai
'blogger jalanan'?
'blogger Nyamuk'?
telah berjaya membuka mata ramai pembaca.
Malah membuka mata kepada orang ramai dengan apa yang berlaku dalam dunia politik hari ini.
Apa yang mereka lakukan itu sudah pasti berjaya membuatkan Anwar dan sekutu mati akal untuk 'next step' menjelang pilihanraya.
Apakah yang blogger ini lakukan?
Ikuti penulisan menarik yang mampu membuka mata pembaca sekalian...
" Tulisan ini agak panjang. Saya berharap rakan-rakan pembaca blog ini dapat membaca perlahan-lahan dari atas ke bawah mengikut turutan tanpa meninggalkan satu perenggan pun supaya anda jelas dengan apa yang saya ingin sampaikan.
Apabila disebut perkataan seni ramai diantara kita akan ingat kepada hasil kerja tangan. Seperti seni lukis, seni hiasan, seni pertukangan, seni masakan dan juga beberapa seni lain. Perkataan seni juga mengingatkan kita kepada dunia hiburan.
Tidak ramai diantara kita yang ingat atau sedar bahawa politik juga ada seni yang tersendiri. Persepsi, muslihat, propaganda dan tipu helah antara elemen yang ada dalam seni politik. Tidak kira parti mana dan dinegara mana setiap parti ada cara tersendiri dan tertentu untuk mempengaruhi rakyat atau mengubah pendirian serta pemikiran rakyat agar menyokong parti mereka.
Di Malaysia, parti pemerintah negara lebih kepada memilih pendekatan menjelaskan kepada rakyat apa kerja dan sumbangan dan jasa-jasa yang mereka lakukan dalam usaha membangunkan negara dan menolong rakyat. Pendekatan cara itu pun perlu, tetapi ianya tidak cukup kuat.
Dalam politik setakat orang ramai suka atau sayang kepada kita tidak cukup untuk kita mendapat sokongan atau kemenangan. Kita perlu buat agar orang ramai suka dan sayang kepada kita, dalam masa yang sama mereka marah dan benci kepada pihak musuh. Itu pun belum cukup lagi. Elemen simpati juga diperlukan. Apabila elemen suka dan sayang bercampur dengan marah serta kebencian dan dicampur lagi dengan elemen simpati, ianya akan menghasilkan satu keputusan yang memuaskan.
Di Malaysia ketiga-tiga elemen itu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang. Kekalahan yang sederhana teruk BN pada PRU 1999 juga disebabkan oleh tiga elemen tersebut.
Klik untuk selanjutnya
No comments:
Post a Comment