AdSense

Tuesday, September 4, 2012

Kena Tangkap!!! Budak BIADAP harus diajar!

Apa biadap sangat budak yang tayang pungung ni?
Kalau betul tak suka Perdana Menteri yang disanjung rakyat ini, lakukan protes pada kertas undi.
Bukan cetus kemarahan dan ketegangan dalam negara!
Thats it! ramai yang marah bila pemimpin Islam dihina sedemikian rupa.
Budak kurang ajar seperti gambar di atas sememangnya wajar ditangkap.
Dan hantar aja ke Misi-misi bantuan kemanusiaan...
Biar dia tahu bagaimana nak mencintai keamanan.

KUALA LUMPUR 4 Sept - Salah seorang suspek yang disyaki bertindak menghina gambar Perdana Menteri pada malam Perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu disahkan dalam tahanan pihak polis.
 
Suspeks yang juga merupakan pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta sekitar Kuala Lumpur ditahan pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.
 
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
 
Suspeks kini dilaporkan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
 
Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.
 
Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan. - KL POS

No comments:

Post a Comment