AdSense
Wednesday, August 15, 2012
Suruh bersyukur aja, itu pun nak bangkang ke?
Pakatan pembangkang terutamanya PAS dan PKR perlu sedar budaya kotor di jalanan perlu dielakkan.
Budaya membawa rakyat ke jalanan dilihat begitu dayus dan menjijikkan sedangkan demokrasi yang di amalkan dalam negara telahpun menyediakan pelbagai saluran buat setiap individu untuk bersuara.
Dan parti pembangkang yang terlalu taksub mengejar Putrajaya perlu sedar nikmat yang dikecapi pada hari ini adalah titik peluh rakyat yang mencipta perpaduan. PR WAJIB sedar dan kenal erti rasa bersyukur!
Petikan media :
Muar: Umat Islam negara ini perlu mengambil iktibar daripada kepayahan dan kesulitan yang dialami negara Islam lain di dunia ketika ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun masih ada umat Islam negara ini hidup serba kekurangan, namun ia tidaklah seteruk apa yang berlaku di negara Islam lain seperti Syria.“
"Kita tengok banyak tempat di negara kita dalam puasa ini mengagih bubur lambuk, nasi dan makanan percuma sedangkan di sesetengah negara Islam lain, mereka hidup dengan sengsara sekali.“Walaupun ada rakyat negara ini mengatakan mereka hidup dalam kekurangan, namun ia tidak seteruk, tidak seperti sengsara apa yang dialami oleh mereka.
Kurangkan bebanan rakyat
"Jadi kita harus bersyukur dengan keadaan itu dan Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mengurangkan bebanan rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat Uda Holding Berhad di Surau Saadiah dekat Jalan Bakri di sini, malam tadi.Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan UDA Holding Berhad, Ahmad Abu Bakar.
Kembangkan ekonomi
Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibantu beliau selaku Timbalan, juga sentiasa memikirkan cara terbaik untuk mengembangkan ekonomi negara supaya tidak muflis seperti dialami banyak negara di Eropah.Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kepada 99 fakir miskin, manakala sejumlah RM20,000 lagi disumbangkan UDA Holding kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah Ghaffor. -Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment