AdSense

Monday, August 13, 2012

Seramai 4,430 lancar demo serang PTPTN?!!!


Seramai 4,430 pelajar akan merusuh di hadapan ibupejabat PTPTN atas alasan apa?
Sedang umat Islam hendak menyambut Syawal, hendak dibuat huru hara dalam negara?
Jika ya pun hendak bermain politik, usahlah membuat kotor di bulan mulia ini!


Jika ya pun nak cetus huru hara, janganlah dihina agama orang.
Dan saranan kpd protester, cetaklah baju yang sesuai.
Kalau nak politik, masuk dlm bidang politik, jangan perbodohkan diri sendiri.


Apabila terlalu taksub pada politik kotor maka dalam tak sedar akan memperbodohkan diri sendiri.

Petikan dari Berita Harian Online :

Temerloh: Seramai 4,430 lagi pelajar dikecualikan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Ismail Said, berkata pengecualian membabitkan peruntukan RM116.230 juta.“Hingga 30 Jun lalu, 13,011 pelajar dikecualikan membayar balik pinjaman kerana cemerlang dalam pelajaran membabitkan peruntukan RM370.70 juta,” katanya kepada BERNAMA selepas majlis berbuka puasa bersama saudara baru Orang Asli di Kampung Penderas, Kuala Krau, dekat sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, kira-kira 70 peratus pelajar membayar balik pinjaman berikutan beberapa pendekatan dilakukan PTPTN, antaranya bersedia bertolak ansur dan menerima bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan atau menjadual semula bayaran balik pelajar yang bermasalah.Katanya, pembukaan beberapa cawangan baru PTPTN seperti di Pahang, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang turut membantu meningkatkan bayaran balik pinjaman kerana pelajar mudah berurusan berbanding sebelum ini di mana mereka hanya berurusan di ibu pejabat PTPTN.

No comments:

Post a Comment