AdSense

Friday, August 3, 2012

Rosmah buat hal lagi bikin pembangkang marah!


"Pembangunan kanak- kanak ini perlu melibatkan aspek kebajikan pelajar selain daripada membimbing mereka dalam bidang akademik," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel di sini hari ini. 

YPC telah melaksanakan aktiviti seperti seminar motivasi untuk para pelajar dan guru, seminar kecemerlangan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan, anugerah pelajar cemerlang, anugerah guru bestari serta sumbangan bantuan hari raya bagi kesemua sekolah angkatnya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Timbalan Pengarah Pelajaran Daerah Pudu, Ismail Musa, serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor. 

Tambah Rosmah, bulan Ramadan merupakan bulan yang paling istimewa kerana membawa rahmat, berkat dan keampunan bagi seluruh umat Islam di dunia. "Pada bulan ini (Ramadan), segala amalan solat, bertadarus, serta bersedekah yang dilaksanakan oleh umat Islam akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. 

"Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh barakah serta pahala amalan yang dijanjikan olehNya," katanya. Pada majlis itu, seramai 430 orang pelajar telah menerima sumbangan berupa wang tunai RM100, beras lima kilogram dan barang makanan. "Seramai 394 orang pelajar daripada sekolah angkat YPC dan seramai 36 orang jemputan khas dari Rumah Taman Sri Putri Cheras. Penerima sumbangan terdiri daripada kanak- kanak istimewa, anak-anak yatim  dan mereka yang kurang berkemampuan," ujar Rosmah. 

Sumber : KLPOS

No comments:

Post a Comment