AdSense

Friday, August 3, 2012

Krisis Air Selangor : Helah apa lagi diguna kerajaan negeri?

 Hasil kajian mendapati bahawa air di Malaysia berhadapan dengan masaalah papip dah bocor hingga kebocoran adalah setinggi 30-40%, jangkaan bekalan dan permintaan air tak cukup, keperluan modal yang sangat besar, dan lain-lain.

Cadangannya adalah supaya perkhidmatan air satu negara disatukan. Tapi ini menjadi masaalah kerana air jatuh di bawah kuasa negeri. Penyelesaian kedua terbaik adalah privatisation.

Ini cadangan yang dibuat dari kajian bersama kita dengan Jepun.

Seterusnya jadilah privatisation, dan harga air kita yang agak terlalu murah terpaksa dinaikkan untuk menampung pembiayaan belanja capex. Orang mula complain.

Di Selangor, pelbagai isu timbul mengenai SYABAS yang hanya mengedar air dan bukan membekalkan air bersih yang sudah dirawat dari air mentah.

Belanja besar untuk membina loji rawat air diberi kepada tiga syarikat.

Di satu negara, usaha kini adalah untuk menyatukan semua aset air tersebut dan semua bersetuju melainkan Selangor. Ketika bawah BN lagi, perbincangan meliatkan empunya privatisation air, kerajaan negeri dan persekutuan telah berjalan.

Masuk Khalid, dia mahu semua dipunyai oleh kerajaan negeri tapi persetujuan kena melibatkan tiga pihak setuju dan kerajaan persekutuan setuju, cuma harga pengambilalihan tidak disetujui empunya.

Jadi salah sebenarnya bagi Khalid untuk salahkan kerajaan persekutuan menyekat pengambilalihan aset air oleh kerajaan negeri. Pihak yang jadi dealbreaker adalah kerajaan negeri sendiri yang mana cadangan mereka tidak lojik dan munasabah.

Kerajaan negeri sebenarnya mahu rampas aset-aset air yang sudah diswastakan secara paksa dan free. Mereka mahu guna helah dan bermain di court of public opinion bahawa SYABAS tidak boleh penuhi tanggungjawab mereka membekalkan air ke kawasan tertentu.

Tentulah kerajaan persekutuan tentang kerana bukan kerja SYABAS menyediakan bekalan. Air mentah masih usaha kerajaan dan rawatan dijalankan oleh swasta dan kerajaan.

Sementara itu, kerajaan pusat dah sedia modalkan untuk pengambilan air dari Pahang bagi membolehkan bekalan air mentah ada lebihan rizab dan loji Sungai Langat 2.

Khalid guna ini untuk ugut kerajaan dan rakyat. Macam-macam helah dia buat tapi akhirnya hujahnya salah.

HUjah terakhir adalah kerajaan negeri nak buat loji rawatan di loji2 yang kapasiti dah penuh. Buatlah, fadzal ... Berapa ratus juta ada?

Dengan hujah ini, Khalid akui bahawa isunya bukan kerana belakalan air mentah atau pengedaran tapi kapasiti air mentah perlu dirawat.

Kalau loji sdungai langat 2 digerakkan sekarang pun, selangor masih tetap berhadapan dengan masaalah air. Jadi sementara nak tunggu Khalid baru nak jadikan pelan dari cakap2, entah berapa lama?

Lagi pula bila dibuat dengan bergegas-gegas, jangan heran wang dibelanja tapi tidak boleh beroperasi.

BIla Pakatan Rakyat buat demo air pada Jun 29 baru-baru ini di Klang, agak pelik sekali. Masaalahnya kerajaan negeri penyebabnya, dan Pakatan Rakyat mengendalikan kerajaan negeri, tapi mereka pula berdemo.

Dalam demo itu, isi atau content langsung tiada. Charles Santiago yang mana menunggu akan dipencen DAP, mengutuk kerajaan UMNO mereka-reka isu air.

Dia cabar Syabas memberi rekod keluar masuk air sebelum 7 Ogos 2012 seolah-olah ada konspirasi kerajaan BN beriya-iya nak bina Loji Air Langat 2.

Dalam hal Loji ini, kerajaan BN dah ikhlas tawarkan supaya Loji ini disenggara oleh kerajaan negeri seperti Loji Air Sg Labu dan menjemput syarikat kerajaan negeri memasukkan bida.

Maka timbul pula permainan propaganda baru PR supaya syarikat kerajaan PR tidak akan menyertai pembinan logi air Langat 2.



AJK AMK Azmizam pula lagi kosong desakannya. Hanya sokong kerajaan Selangor gambilalih air dari Syabas, kenyataan Menteri Besar SELANGOR supaya Tan Sri ROZALI ISMAIL, Pengerusi Syabas meletakan jawatan, dan entah apa lagi.

Isunya Pakatan juga yang nak politikkan air dari mula. Nak amilalih aset2 air tapi tak serius. Kemudian itu, kasi air percuma 20 m3 pun tak serius. Paip sendirian saja dapat. Jadi orang berpendapatan rendah yang duduk di flat tak dapat kerana meter tak bersendirian.

Teruslah berpolitik mereka ini. BIla air betul2 tak ada, pagi Jumaat tak boleh mandi hadas dan pergi solat jumaat dan mandi mayat tergendala macam di Kelantan, baru mereka tahu ....

 Sumber : Blog The Unspinner

No comments:

Post a Comment