Saturday, August 18, 2012

MP Sabah lompat parti terima hukuman seperti era 90an!


Ongkili, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) nampaknya tidak hairan langsung mengenai isu lompat parti yang berlaku di negeri Sabah itu.

Beliau mengulas hal tersebut berpandukan fakta sepertimana yang berlaku pada tahun 1994.
Menurutnya pada ketika itu ahli politik yang melompat parti telah menerima hukuman balas yang berbaloi pada pilihanraya 1999.

Apa yang berlaku baru baru ini menunjukkan pemimpin BN Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Maijol Mahap telah berjaya dihasut Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, inilah negara demokrasi dan rakyat sendiri yang menjadi kuasa utamanya.

Tahun 90an, masyarakat Kadazan Dusun Murut telah membalas tindakan ahli politik lompat parti ini dengan bayaran setimpal.

No comments:

Post a Comment