AdSense

Friday, August 10, 2012

VIDEO : Dah GILA ke Khalid Ibrahim cakap UNISEL tak ada HUTANG???

 Memang banyak betul keberkatan yang muncul di bulan mulia Ramadan ni...
Petang tadi berlakunya perhimpunan aman di hadapan kampus Universiti Selangor, UNISEL.
Perhimpunan aman oleh pekerja-pekerja yang tak dapat duit hasil titik peluh mereka selama 2bulan!
Gila kejam pentadbiran Khalid Ibrahim orang Parti Keadilan Rakayat PKR ni.

SEKARANG AMACAM !!
Kat orang ramai dia cakap UNISEL tak ada hutang.
Habis tu petang tadi orang dari Jana Niaga Sdn Bhd cakap dia orang tak terima bayaran daripada UNISEL sejak 17bulan lalu!!!
Sampai hutang tertunggak menjangkau RM15 JUTA!!!
Tu yang sampai pekerja-pekerja seperti tukang sapu dan pekebun di UNISEL terpaksa ikat perut selama 2bulan!!!
 
Petikan media :

Wakil daripada pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan kira-kira 200 kontraktor itu menjelaskan kepada pemberita mereka tidak mendapat bayaran dari UNISEL sejak 17 bulan lepas sehingga menyebabkan hutang tertunggak sebanyak RM15 juta termasuk kos pengurusan asrama.
 
Selain itu rata-rata daripada kakitangan UNISEL yang berhimpun pada jam 2.45 petang itu dilihat begitu hampa dengan sikap pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri yang seolah-olah bersikap 'lepas tangan'.
 
Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja bawahan dengan pendapatan kira-kira RM500 - RM600 sebulan dan tidak menerimanya sejak Julai dan Ogos 2012. Selanjutnya



Banyak sangat ke duit raya untuk anak-anak buah Khalid Ibrahim tahun ni sampai tak boleh setle hutang pekerja???

No comments:

Post a Comment