AdSense
Friday, July 6, 2012
Utamakan KRONI!!! Kenapa bayar RM42juta lebih tinggi dari harga pasaran???
Ahli Parlimen Labis dan Timbalan Menteri Pertanian itu membuat pendedahan baru tentang isu hutang Talam Corporation sekalipun Tan Sri Khalid Ibrahim kata kerajaan negeri Selangor akan saman MCA dan pihak-pihak yang dakwa ada penyelewengan dalam urusan itu.
Apa agaknya Menteri Besar Selangor itu nak jawab kali ini.Dakwaan Chua bertambah serius.
Beliau yang disertai oleh sebilangan pimpinan MCA lain ingin tahu bagaimana Talam yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta yang dakwannya RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.
Sedangkan menurutnya laporan penilaian bertarikh 11 Oktober 2010 oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd telah meletakan harga tanah pegangan pajakan berkenaan pada harga pasaran sebanyak RM 139 juta atau RM60,000 seekar dengan syarat tanah itu bebas dari sebarang bebanan.
Dengan nada menyindir,Chua berkata, " hari ini saya ingin ucap tahniah kepada syarikat Talam atas skil perundingan pertniagaan luar biasa yang mereka tunjukan dengan kerajaan pakatan rajkyat Selangor dalam hal berkenaan dengan langkah pengutipan semula hutang".
Menurut beliau kerajaan Selangor dakwa ia membawa manafaat kepada rakyat negeri itu." Namun saya fikir pihak yang paling bijak dan mendapat paling banyak manafaat dan keuntungan ialah Talam," ujarnya.
Selanjutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment