Friday, July 6, 2012

Anti betul kerajaan DAP dengan Polis ni apahal???

Loh bersama pengerusi cawangan baru Komtar Lim Cheng Hee hari ini mengadakan satu demo di kiosk interaktif depan pasar raya Gama bagi menolak tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyatakan Pulau Pinang tidak selamat.


GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan pakatan pembangkang tidak harus menafikan tanggungjawab dan pengorbanan anggota polis dalam memastikan negeri ini aman dan selamat.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Komtar Loh Chye Teik berkata anggota polis menjalankan tugasan dengan cekap berikutan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan pusat seperti kiosk interaktif, satu inisiatif bandar selamat negeri di bawah kerajaan pusat untuk mencegah jenayah terutamanya kes ragut.

Dua kiosk disediakan di Jalan Penang dan setiap satu di Pulau Tikus dan Persiaran Gurney dan dengan dengan hanya menekan butang di kiosk itu, orang ramai boleh berkomunikasi dengan bilik gerakan polis.

Sumber : Utara News

No comments:

Post a Comment