AdSense

Monday, July 2, 2012

Selangor rugi RM1Billion siapa punya kerja?

Aset syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor merosot dan ini perlu diperjelaskan segera bagi mengelak kekeliruan rakyat trutamanya di negeri malang dibawah pemerintahan kerajaan PR itu.




PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”. 

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan. Sebelum itu, Chua Tee Yong mendedahkan akan membongkar sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat RM1 bilion yang melibatkan kerajaan negeri Selangor. 

Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. “

"Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu,” kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: “Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong.”

Sumber : KL POS.com

No comments:

Post a Comment