AdSense

Tuesday, July 31, 2012

Memang DAP anti Islam dan Melayu !!! Apsal Orang PAS bodoh sangat ni???


 Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini terus menerima reaksi negatif anggota pakatan pembangkang apabila kira-kira 600 pemimpin akar umbi DAP di Klang membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang Islam oleh parti itu.

Setiausaha penganjur Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang K. Yoga Sigamany berkata pihaknya juga menyokong sepenuhnya Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud oleh PAS.

"Kami di DAP akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pandangan Karpal Singh dan menegaskan bahawa tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat harus melaksanakan nilai-nilai Islam dalam masyarakat berbilang kaum," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Pada 25 Julai lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Yoga Sigamany turut menyentuh beberapa polisi Islam yang telah dilaksanakan oleh PAS semasa pemerintahan pakatan pembangkang seperti memisahkan pasangan belum berkahwin di panggung wayang yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, pencerobohan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama, bantahan pembinaan panggung wayang di Bangi dan penutupan pusat penternakan babi di Alor Setar, Kedah.
-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment