PR di Selangor mungkin dalam proses menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi.
Biasalah nama pun pakatan, berdemo aja kerja dia orang.
Senangkan jadi wakil rakyat, melalak melolong tepi jalan aja...
Sikit-sikit protes sikit-sikit protes.
Ni di Selangor,
bermula beberapa jam dari sekarang akan dimulakan kerja-kerja baikpulih Lebuh Raya Shah Alam.
Kerja baik pulih ini mungkin SALAH UMNO.
Atau selepas ini cacai PR akan desak pemasuhan tol lagi...
Pihak polis diminta bersedia dengan demo protes ini...
KUALA LUMPUR 30 Julai - Kesas Sdn. Bhd. (Kesas), pengendali Lebuh Raya Shah Alam (LSA) hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di lebuh raya itu akan dilakukan mulai esok hingga 30 November ini.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Kesas berkata penutupan lorong secara berperingkat akan dilakukan mulai jam 11 malam hingga 5 pagi bagi memberi ruang kepada kerja-kerja membaik pulih tersebut.
"Kerja-kerja pembaikan ini adalah bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya," katanya.
Sehubungan itu, katanya para pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan kerja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Bagi sebarang pertanyaan, para pengguna jalan raya boleh menghubungi talian kecemasan Kesas di 03-5633 7188 atau layari laman sesawang di www.kesas.com.my - BERNAMA
No comments:
Post a Comment