AdSense
Wednesday, July 18, 2012
kisah di sebalik cerita seorang isteri.
Isnin 2 Julai 2012 penulis diminta oleh majikan untuk ke Bangalore , India bagi membuat liputan Kongres Pembangunan Sumber Manusia Asia ( HRD Asia 2012) yang berlangsung dari 10-12 Julai 2012, yang mana kongres tersebut akan dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah dijangka tiba pada malam 10 Julai dan penulis diminta pergi sehari lebih awal, iaitu pada 9 Julai 2012. Tempoh seminggu yang diberikan majikan membuatkan penulis dapat melakukan persiapan sepatutnya. Perkara pertama yang dicari adalah paspot antarabangsa. Untuk memeriksa samada masih sah atau telah tamat tempohnya. Nasib baik tempoh sahnya masih berbaki setahun.
Perkara kedua yang perlu diuruskan adalah visa. Semakan yang dilakukan dengan rakan-rakan untuk urusan permohonan visa India memerlukan tempoh tiga hari berkerja. Tanpa melengahkan masa esoknya awal-awal pagi lagi ke sebuah agensi pelancongan yang menjadi ejen bagi urusan visa India bagi memohon visa penulis. Perkara ketiga adalah tiket penerbangan. Penerbangan Malaysia (MAS) ada melakukan penerbangan harian terus dari Kuala Lumpur ke Bangalore.
Namun apa yang sungguh mengejutkan adalah harga tiketnya. Bagi penerbangan tersebut yang memakan masa selama empat jam dan menggunakan pesawat Boeing 737-800 harganya RM 4360.00. Sungguh mengejutkan ! Penulis meminta agensi pelancongan mencari tiket lain yang lebih murah kerana harga yang ditawarkan MAS tinggi melampau. Akhirnya penulis ditawarkan untuk menaiki penerbangan Singapore Airlines yang mana memerlukan penulis perlu terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura dan transit disana 1 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Bangalore. Harga yang ditawarkan hanya RM 2100.00 dengan menggunakan pesawat Boeing 777-200 yang sudah tentu tempat duduknya lebih selesa dari Boeing 737-800. Harga yang ditawarkan oleh Singapore Airlines kurang 50 peratus dari apa yang ditawarkan oleh MAS . Cuma perlukan masa tambahan dua jam.
Satu jam untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura dan satu jam untuk transit. Namun jika dibandingkan dengan pengurangan yang lebih dari 50 % itu, apalah sangat nak dikirakan dua jam tersebut. Walaupun segala kos ditanggung oleh majikan namun penulis harus memilih harga yang terbaik. Itu tanggungjawab kita dalam usaha menjaga syarikat dan majikan. Penulis meminta kebenaran majikan untuk mendapat cuti dua hari selepas dari tugas di Bangalore kerana penulis ingin ke New Delhi bagi berjumpa dengan rakan penulis, yang kini sedang bertugas disana. Dari New Delhi penulis akan terbang ke Kuala Lumpur melalui Singapura.
Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore ke New Delhi dan kembali ke KL harganya RM 3000.00. Masih murah jika hendak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan MAS. Pesawat yang membawa penulis selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Bengaluru pada jam 9.45 malam waktu India. (2 ½ jam kebelakang dari waktu Malaysia). Lapangan terbang tersebut tidaklah besar sangat, namun kelihatan agak baru. Penulis tidak menghadapi banyak masalah dengan pihak berkuasa disana dan dapat melepasinya dengan mudah. Pegawai Imigresen juga sempat menyapa penulis dengan berkata brilliant man sambil mengangkat ibu jari sebagai isyarat bagus apabila melihat buku A Doctor In The House (Doktor Umum) ditangan penulis yang memaparkan wajah Tun Dr Mahathir.
Buku tersebut menjadi bahan bacaan penulis semasa dalam penerbangan. Dengan penuh perasaan bangga penulis berjalan keluar sambil mengilik buku berkenaan. Menurut rakan-rakan yang pernah ke India, kebiasaannya imigresen India banyak soal jawab dan karenah. Tetapi penulis tidak menghadapi semua itu dan urusannya menjadi mudah kerana sebuah buku yang memaparkan wajah Tun Dr Mahathir. Dari sana penulis ke Hotel ITC Gardenia dimana tempat yang sama program berlangsung. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Hotel mengambil masa lebih kurang 45 minit. Cara pemanduan orang-orang disana agak menakutkan bagi orang yang tiada pengalaman di sana seperti penulis. Jalan rayanya agak tidak rata dan banyak jalan-jalan baru yang sedang dibina. Bandarnya boleh dikatakan OK.
Jauh sama sekali apa yang dikatakan oleh kawan penulis bahawa Bandar Bangalore bersih dan cantik seperti Kuala Lumpur. Tidaklah bersih sangat dan tidaklah terlalu kotor. Cuacanya agak dingin lebih kurang 17 darjah celcius pada waktu malam. Keesokan pagi atau pada hari pertama disana penulis memulakannya dengan bersarapan di hotel penginapan. Ini yang agak memeningkan kepala penulis kerana memikirkan makanan halal. Maklumlah disitu bukannya bandar orang islam. Akhirnya penulis memilih untuk hanya memakan roti bun dan sebiji parata dengan kari dal. Banyak juga rakyat Malaysia dan Indonesia yang penulis jumpai di situ , termasuklah Datuk Nadzmi Salleh, Presiden BAM. Seorang rakyat Indonesia bersama isterinya menyapa penulis. Perkenalan itu membuatkan kami bersembang hampir satu jam.
Pasangan tersebut berada di sana kerana menghadiri kongres yang akan turut disertai oleh Datin Seri Rosmah. Mereka juga adalah kenalan Datin Seri Rosmah dan orang yang memainkan peranan penting disebalik kongres yang diadakan yang mana menjemput Rosmah sebagai tetamu khas. Pasangan itu juga memberitahu saya kongres berkenaan akan diadakan di Jakarta pada tahun hadapan dan mereka akan menjemput Rosmah juga sebagai tetamu khas yang akan menyampaikan ucaptama. Dalam perbualan itu pasangan berkenaan banyak memuji peranan Rosmah dalam kerja-kerja amal serta kebajikan serta penglibatannya dalam beberapa badan NGO atau pertubuhan antarabangsa. Katanya peranan-peranan yang dimainkan oleh Rosmah boleh menyumbangkan kepada nama baik Malaysia. Pasangan berkenaan juga tahu tentang serangan-serangan peribadi yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam negara terhadap Rosmah dan itu amat menghairankan mereka. Kenapa perlu diserang jika Rosmah dapat menyumbangkan kepada nama baik negara ? Tanya mereka.
Saya hanya mampu menjawab politik di Malaysia 24 jam sehari, 365 hari setahun , fitnah dan persepsi adalah senjata paling utama. Pasangan tersebut terpaksa mengundurkan diri kerana kongres hendak bermula di dewan yang terletak di bahagian atas. Selepas itu penulis mengambil kesempatan untuk meninjau tempat kongres berlangsung dan mendapatkan aturcara program Datin Seri Rosmah. Ini supaya menyenangkan kerja penulis keesokan hari. Hari sudah jam 2 petang dan perut kembali berkeroncong. Pening memikirkan tempat untuk makan. Penulis tidak percaya kepada makanan di hotel. Penulis dapatkan maklumat dari pekerja hotel tentang restoran-restoran muslim di Bangalore. Lalu mereka mencadangkan kepada penulis ke sebuah restoran muslim yang terkenal di bandar itu yang terletak di Empire Hotel di MG Road.
Lebih kurang 5 km dari hotel penginapan penulis. Perjalanan menggunakan teksi akan mengambil masa antara 20 -30 minit kerana kesesakan lalu lintas. Mereka mencadangkan agar penulis menaiki auto richar atau pun di Bangkok ia dikenali sebagai tut-tut dan di Jakarta dikenali dengan nama bajaj. Perjalanan mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambangnya 50 Rupee atau bersamaan lebih kurang RM 3.00. Mengenangkan sukar untuk penulis kembali ke restoran tersebut untuk makan malam, maka penulis mengambil keputusan untuk membungkus terus makanan bagi makan malam.
Datin Seri Rosmah dijangkan tiba di hotel jam 10.30 malam, dan penulis ke lobi untuk melihat kehadiran beliau. Kelihatan agak ramai peserta-peserta kongres yang menyambut kehadiran beliau. Beliau tiba jam 11 malam dan disambut oleh peserta-peserta kongres serta pihak hotel.
Sumber KLPOS : Menjejak Rosmah dan pengalaman di India
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment