AdSense

Monday, July 16, 2012

Hassan Ali Syukur walaupun dihina PAS



Dr Hasan yang ditemui selepas perjumpaan NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru petang Ahad hanya tersenyum dan tidak ambil pot mendengar dakwaan musuh politiknya itu.
Sebenarnya tanpa penjelasan DR Hasan pun dakwaan Dr Rani itu temberang saja.

PAS diketahui cukup resah dengan populariti Dr Hasan.

Hakikatnya ceramah-ceramah Dr Hasan yang terus diadakan dari masa ke semasa sejak beliau keluar PAS terus hangat di sana sini.

Cuma ia terasa agak sepi kerana media kurang memberi fokus kepada ceramah-ceramah beliau berbanding semasa kehangatan baru keluar PAS dulu.

Dr Hasan relaks saja jawab dakwaan itu mengarut dan sekiranya mahu kepastian datanglah sendiri ke tempat ceramah yang diadakan kemudian nilailah samada kurang sambutan atau tidak.

“Dalam suasana perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Sarawak malam kelmarin,lebih 2000 orang membanjiri ceramah saya di Bachok dan sebelum itu hampir 5000 orang hadir pada ceramah saya di Machang dan lebih 3000 orang hadir di Jempol,” demikian jelas Datuk Dr Hasan Ali mengulas dakwaan pihak parti PAS yang mengatakan ceramah beliau sudah tidak mendapat sambutan kebelakangan ini.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu supaya mengikuti facebook beliau
KLIK
KLIK
yang memaparkan suasana sebenar kehadiran disetiap ceramahnya dan jangan hanya bercakap tanpa melihat bukti nyata.

“Semasa di Jempol, lebih 3000 orang hadir dan saya dimaklumkan oleh mereka yang hadir ceramahpemimpi PAS dan PKR di situ hanya dihadiri 500 orang saja,” katanya.

Ketika ditanya tentang lontaran Dr Rani agar beliau berdebat dengan Khalid, ..Dr Hasan enggan mengulas panjang tetapi selamba memperlekehkannya dengan berkata, “saya tunggu dia jadi PesuruhjayaPAS Selangor dulu baru debat, hari ini dia jadi, esok kita debat.”

Sebelum itu di sidang media mengenai perjumpaan NGO Melayu, Hasan memberitahu tujuanperjumpaan itu adalah untuk menyelaraskan dan bekerjasama dalammengatur program badan-badan NGO tersebut.

“Kita mahu saling bantu membantu dan tolong menolong antara kita disamping berusaha mewujudkan satu 'networking' supaya sesama NGO dapat mengetahuiaktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Beliau juga menerangkan perjumpaan itu juga bertujuan menjalinkan ukhwah antara NGO Melayu yang lain.


Selanjutnya

No comments:

Post a Comment