AdSense

Friday, May 4, 2012

Untuk Bacaan Rakyat Marhaen Sahaja

Untuk Bacaan Rakyat Marhaen Sahaja.
Kenapa?
Kerana jika anda dari puak pembangkang, MATI-MATI anda akan menafikan kebenaran ini.
Anda akan pusing segala kebenaran hanya kerana mahu menipu rakyat marhaen.



Bismillahhirahmanirrahim

Dengan nama Allah, setelah melihat beberapa fakta yang dipusing oleh pihak penyokong BERSIH, saya terpanggil hendak menceritakan apa yang benar-benar terjadi ketika tragedi KERETA POLIS TERBABAS. Saya berada ditempat kejadian dan benar-benar melihat tragedi tersebut.

1) Ianya bermula apabila sebuah kereta Polis jenis Honda CRV melalui kawasan para demonstran berkumpul di hadapan Komplek Pertama, saya anggarkan dalam 1000 orang. Kereta Polis jenis CRV Berjaya melepasi halangan walaupun dipukul bertalu-talu oleh para demonstran.

2) Selang beberapa minit, sebuah kereta Polis jenis Proton Waja melalui kawasan yang sama. Kereta tersebut tutut dipukul bertalu-talu sehingga ada yang boleh memanjat bumbung kereta tersebut. (Ini membuktikan kereta tersebut bergerak perlahan dan tidak berniat hendak melanggar para demonstran).

3) Setelah melepasi halangan dihadapan Kompek Pertama, kereta tersebut memasuki kawasan demonstran yang berkumpul dihadapan Komplek SOGO, disini jumlah demonstran yang memukul kereta tersebut tidak seramai dihadapan Komplek Pertama.

4) Semasa cuba melepasi halangan dihadapan Komplek SOGO cermin dibahagian pemandu sudahpun pecah (dipercayai ketika dipukul dihadapan Komplek Pertama). Disini terdapat bebrapa demonstran yang membaling sesuatu hingga kenderaan yang dipandu anggota tidak dapat dikawal dan menyebabkan punca terbabas.

5) Semasa hilang kawalan, kenderaan tersebut melanggar beberapa orang yang berada dikawasan komplek SOGO. Namun dari apa yang saya lihat pelanggaran hanyalah pada kadar minima dimana ramai yang sempat mengelak dari dilanggar sebelum terbabas ke dinding Secret Recipe, Komplek SOGO.

6) Setelah kenderaan tersebut terbabas, ada seorang orang awam (KAMERAMAN ALHIJRAH) cuba menyelamatkan anggota polis namun dihalang dan dipukul hanya kerana hendak menyelamatkan anggota polis tersebut.

7) Ketika orang awam dipukul (KAMERAMAN ALHIJRAH, anggota tersebut turut tidak terlepas dari dipukul oleh beberapa orang ketika longlai didalam kenderaan. Anggota polis tersebut dipukul dengan menggunakan kon keselamatan yang berada ditempat kejadian.

8) Setelah dipukul ada dua orang demonstran yang masih punyai nilai kemanusiaan dengan menghalang demonstran lain memukul anggota tersebut. Anggota terbabit dibawa ke kereta ambulan yang tiba ditempat kejadian. Turut sama dibawa ambulan orang awam yang dipukul.

9) Setelah anggota tersebut diselamatkan para demonstran lain bertindak liar dengan menterbalikkan kereta tersebut yang ketika itu sememangnya tiada orang dibawahnya. (kalau hendak menyelamatkan nyawa kenapa ambil kesempatan memukul anggota didalam kenderaan). Setelah berjaya terbalikkan kereta para demonstran menjerit kepuasan seolah-olah sebuah kemenangan pada mereka.
 

Sumber : KL POS

No comments:

Post a Comment