AdSense

Friday, May 11, 2012

Kasihan Rakyat Selangor

yalah, kasihan lah
Kasihan sebab terheret ke lembah hina politik kerajaan Negeri, pakatan perosak negara.

Kerana politik, rakyat tidak dipedulikan !


SHAH ALAM 10 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar mengecam sikap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang melakukan serangan politik berkaitan isu penstrukturan semula bekalan air di Negeri tersebut.
Beliau berkata, Khalid Ibrahim sewajarnya menerima perjanjian Projek Pembinaan Logi Langat 2 yang sehingga kini masih tertangguh akibat sikap egois pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan itu.
Katanya, projek yang juga membabitkan pembinaan terowong dari Negeri Pahang sepatutnya mula beroperasi pada 2010 yang lalu bagi menjamin kekurangan bekalan air buat masyarakat Negeri Selangor di masa akan datang. Akan tetapi, ianya tertangguh sehingga hari ini kerana sekatan pembinaan Logi Langat 2 dari pihak Kerajaan Negeri tersebut.
"Jika Logi Langat 2 masih tidak siap, bagaimana isu air ini dapat diselesaikan? Menteri Besar (Khalid Ibrahim) mesti akur dan setuju dengan perjanjian tersebut terlebih dahulu kerana masalah kekurangan air di Negeri ini akan semakin kritikal di masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Perniagaan Kecil dan Sederhana di sini hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut berkata, projek yang menelan belanja berjumlah RM3.6 Billion ini bukan sahaja mampu memberi bekalan air yang mencukupi di Negeri tersebut, malah penambahan peluang pekerjaan dapat dikecapi golongan muda dan penganggur di Negeri tersebut. Akan tetapi kesan sebaliknya akan berlaku malah segala aktiviti ekonomi di Selangor bakal terbantut akibat kekurangan bekalan air yang didakwa semakin membimbangkan.
Noh Omar menyarankan agar Khalid Ibrahim menghentikan seketika sebarang percaturan politik dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam membenarkan projek rakyat ini diteruskan.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum  ini mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula industri air di negeri tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar itu susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyeru agar isu air diselesaikan segera dan tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri tersebut.

Sumber :  KL POS

No comments:

Post a Comment