AdSense

Wednesday, May 23, 2012

Debat GAGAL, Penyokong Rafizi Emosi

Malam tadi semua maklum, Debat antara KJ sama Rafizi.
Dianjurkan oleh Sinar Harian dengan disaksikan secara langsung di Astro Awani.


Semua dapat tengok macam mana Rafizi tak fokus pada tajuk debat itu sendiri, pasal PTPTN.
Dia ambil peluang yang ada dengan cuba untuk menggunakan sentimen yang tidak kena mengena dengan hal mahasiswa.

Pasal lembu lah, pasal NFC lah, pasal bapak mertua lah (Pak Lah),
Ini bukti suara pakatan hanya bermain dengan emosi.

Walhal persoalan mengenai janji pakatan dalam manifesto lepas yang ingin memberi pendidikan percuma di tahap tadika pun tidak terlaksana !

Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.

Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube sekalipun,  rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.

Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)


Kesimpulannya, peluang yang terbuka luas, telah digunakan Rafizi untuk bermain sentimen emosi terhadap KJ. Bukan kepada perkara asas debat itu dianjurkan, mengenai PTPTN. Rafizi sedar isu PTPTN ini sukar untuk beliau kuasai dalam debat semalam. Hinggakan dia cuba untuk menggunakan dan bermain 'fakta' nombor serta angka di negara-negara lain (tak betul pun sebenarnya, spin)

Realiti, KJ berjaya, Rafizi GAGAL !


No comments:

Post a Comment