AdSense

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH3.0 - Provok dan Memberontak bikin orang ramai sakit kepala

Sudah-sudahlah wahai pemimpin pakatan dan pengikutnya...
Kalian sudah check-mate dengan perhimpunan yang kotor Sabtu lepas.
Pengerusi bersama Datuk Ambiga dengan bongkak mengatakan perhimpunan tersebut berjaya dan menerima provokasi daripada pihak keselamatan.



Sedangkan lambakan video di You Tube jelas menayangkan pihak berkuasa telah menjalankan tugas dengan baik tanpa provokasi.

Hanya peserta Bersih3.0 yang kelihatan agresif membuat provokasi terhadap pihak polis dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan menggelarkan pihak berkuasa sebagai 'Anjing', para peserta juga telah dengan sengaja mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Tepat sekali, rakyat jelata dan terutamanya yang tiada bermain dengan kancah politik menyatakan, lambakan video di You Tube, baik dari side pembangkang mahupun gerakan perang cyber kerajaan pusat, pusing ikut mana sekalipun, jelas, peserta Bersih3.0 yang mencetuskan provokasi terhadap pihak polis.

Malah peserta pendemo jalanan Bersih3.0 juga gagal menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Jelas di sini, pasukan keselamatan terutamanya FRU, telah menjalankan tugas dengan begitu disiplin dan mengikut protokol.

Sebagai contoh, sebelum membuat semburan air ataupun gas pemedih mata, arahan akan dikeluarkan terlebih dahulu oleh pegawai bertugas.
Dan jika arahan tidak diendahkan maka bendera pertama berwarna kuning akan dikibarkan sebagai isyarat menandakan arahan untuk bersedia. Isyarat ini boleh diibaratkan sebagai lampu kuning di traffic light di jalanraya.

Setelah itu jika peserta terus berdegil, bendera merah dikibarkan menandakan semburan akan dibuat.
Ini adalah kerana arahan pertama dan kedua tidak diendahkan.
Apakah jika pihak polis melutut dan merayu maka peserta akan berlaku aman?

Jadi, celah mana menunjukkan pihak berkuasa kejam dan ganas?
Kesimpulannya, pihak pembangkang telah gagal menunaikan janji untuk berhimpun secara aman malah dengan sengaja melanggar perintah mahkamah yang tidak membenarkan untuk mereka menggunakan Dataran Merdeka untuk tujuan berhimpun bertujuankan politik. Sebelum itu, PDRM telahpun menawarkan beberapa stadium untuk tujuan Bersh3.0 berhimpun. Kenapa tidak mahu menggunakan kemudahan yang serba lengkap itu? Kenapa mahu diadakan dijalanraya yang pasti mengganggu pengguna jalanraya dan orang ramai?

Ibarat kata pembaca SL, pusing ikut mana sekalipun, Bersih3.0 gagal dan peserta dengan jelas memulakan provokasi terhadap pihak berkuasa tempatan serta gagal menerima arahan dengan baik dan secara aman.



1 comment: