AdSense

Sunday, April 1, 2012

Mahu tak mahu rakyat Selangor kena telan keperitan

Rakyat Selangor hari ini menggigit jari sendiri.
Inilah disebabkan kerakusan kerajaan negeri yg begitu zalim dalam mentadbir negeri.
Mahu tak mahu, rakyat negeri Selangor harus menerima keperitan itu.


Projek Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya Kuala Selangor turut mendapat bantuan daripada Kementerian Pertanian selain turut melibatkan Kerajaan Negeri Selangor pada era UMNO-BN menerusi pembinaan prasarana dan sebagainya.Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah bertindak kejam dengan merampas tanah yang telah diusahakan itu menerusi Kumpulan Hartanah Selangor. Paling mengecewakan, rampasan tersebut tidak disusuli dengan pampasan atau saguhati, sekalipun para peserta bergantung hidup sepenuhnya ke atas tanah yang telah diusahakan itu. Malah ada di kalangan peserta yang telah menggunakan pinjaman bank yang bernilai jutaan ringgit semata-mata untuk memajukan tanah berkenaan.

Gelagat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengesahkan bahawa Kerajaan ini sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang sangat zalim dan kejam serta hanya memikirkan keuntungan tembolok kaum kroni mereka semata-mata. Kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya tidak lebih daripada sebuah topeng untuk melindungi kebusukan dan kebobrokan mereka.Atau lebih tepat lagi, dalam usaha mereka untuk mendapatkan ‘lesen’ bagi membolehkan mereka melakukan lebih banyak kezaliman terhadap rakyat Selangor!!!!
http://sel13.com/archives/2001

No comments:

Post a Comment