Wednesday, April 18, 2012

Hadiah Istimewa MB Selangor kepada Rakyatnya

Selangor Darul Ehsan.
Dulu sangat dikenali dengan kemajuan ekonomi terutama dalam bidang industri-industri besar.
Kebajikan rakyat juga amat dititik beratkan oleh pemimpin Barisan Nasional.
Kini tidak lagi di bawah pemerintahan pakatan pembangkang DAP, PAS dan PKR yang nyata hanya pandai menabur janji tetapi tidak tepati.
Malah mereka kelihatan begitu rakus untuk kroni-kroni mereka.
Kebajikan untuk rakyat kini hanya jadi kenangan dan janji manis bagi mereka dalam pakatan DAP, PAS dan PKR.

IJOK 18 April - “Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.
Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.
“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.
Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.
Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.
“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.
- KL POS 

No comments:

Post a Comment