AdSense

Thursday, March 29, 2012

Orang-orang UMNO ni bodoh?

 Sudah sampai masa UMNO ini menunjukkan sikap terbuka dan profesional.
Terutama di kampung-kampung
Usahlah berlagak dengan kereta mewah lagi.
Jangan ditiru cara pemimpin pakatang pembangkang yang berbuat sedemikian.
Bagi mereka, bawak masuk kereta mewah ke kawasan pedalaman secara tidak langsung dapat memartabatkan imej sebagai seorang 'leader'.
Akan tetapi ia akan membuatkan rakyat menyampah jika ia dilakukan pemimpin UMNO.
 Itu adalah persepsi masyarakat.

Dan apabila menyentuh soal keperibadian individu bergelar ahli UMNO pula, berapa ramai ahli cerdik pandai cendiawakan?

Tun Mahathir adalah seorang yang suka bercakap jujur.
Walaupun ia pahit, namun ia harus ditelan.
Perumpamaan, pahit itu ubat. Manis itu racun mungkin perlu dipandang serius oleh kepimpinan tertinggi dalam UMNO.
Jika tidak dapat ditegur sesuatu virus itu, hapuskan saja.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.


"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

No comments:

Post a Comment