Friday, February 24, 2012

Tun Mahathir suruh Anwar pakai otak bukan cari publisiti murahan???



Pada sidang akhbar, sejurus selepas tamatnya program Bicara Minda Bersama Tun M - Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020, Tun M ditanya oleh seorang wartawan berkenaan dengan cabaran debat oleh Anwar Ibrahim terhadap DS Najib, berhubung dengan isu pelaburan asing dan keadaan ekonomi dunia.

Apa Tun M jawab?

"Wasting of time!". "Ini kerana DS Najib ada pandangan, dan Anwar ada pandangan tersendiri. Yang penting, pelan ekonomi negara sedang berjalan".

Begitulah mudahnya Tun M menjawab. Bagi GT, cabaran ini hanyalah cara untuk Anwar meraih populariti murahan. Dan janganlah hendaknya DS Najib membuang masa melayan manusia meroyan itu.

Andai benar hebat, Anwar seharusnya menyelesaikan janji-janji pilihanraya 2008 Pakatan di Selangor. Bukankah Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor? Harta anak syarikat negeri habis terjual, nilai simpanan tunai semakin merosot, pelaburan asing semakin menurun.

Cuba pulihkan Selangor dahulu. Jangan cakap tarak serupa bikin! :-Gerakan Timur

No comments:

Post a Comment