Friday, February 24, 2012

Hilmi Balak si Eli hidup mewah di Indonesia? "makan tanggung berak cangkung "

KUALA LUMPUR – Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.


Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.


“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).


“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu. - KOSMO, 23 Februari 2012.


Kes yang tergendala sejak 16 Februari 2009 mampu diselesaikan oleh PDRM dengan seberapa segera setelah Hilmi Malik diekstradisi kembali ke tanah air.

Kes ini bakal membongkar siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar-gambar porno Elizabeth Wong selama ini.

Kes ini juga bakal membongkar Exco Selangor ini pernah didera dan dipukul oleh Hilmi Malik.Paling penting, siapa dalang PKR yang membiayai sepenuhnya perbelanjaan sepanjang berada di Indonesia.- Gelombang Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment