Teori Ahli PKR dan pakatan pembangkang masih ditakuk sama.
Sama seperti dulu-dulu lagi.
Apa yang kena pada parti mereka itu, pasti menyalahkan UMNO.
Kejadian kereta Anwar yang dipecahkan juga dikatakan dilakukan UMNO.
Mungkin benar dakwaan itu. Dan mungkin tidak.
Tetapi kenapa mereka tidak fikir, mengapa insiden seperti itu berlaku?
Sedangkan sebelum ini mereka bebas berceramah merata-rata tanpa sebarang gangguan?
Kenapa mereka tidak terfikir sejak kebelakangan ini kenyataan Anwar serta kelakuannya mengundang rasa marah rakyat?
Dengan isu Israelnya, agama pluralisme dan macam-macam lagi lah !
Apakah salah jika rakyat mahu melepaskan geram atau marah mereka?
Bukankah ini negara demokrasi?
Baling membaling, campak mencampak juga amalan dan budaya yang sering dilakukan pakatan pembangkang dalam demonstrasi jalanan dan sebagainya yang kononnya melakukan protes kepada negara.
Kini rakyat protes kepada pemimpin mereka, Anwar Ibrahim, apakah itu juga satu kesalahan?
No comments:
Post a Comment