Walau setinggi mana pun kita, Al-Quran lah yang dibaca sejak kecil.
Al-Quran juga ada menceritakan hal-hal yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Mengetahui.
Diceritakan bagaimana kaum-kaum sebelum kita, Zaman Nabi Luth.
Zaman gelap yang penuh dengan gejala songsang.
Dan apa yang terjadi ketika itu, setelah mengundang kemarahan Allah S.W.T.
Kini, pemimpin yang dibanggakan, diangkat sehingga kepada gelaran 'Anugerah', dijadikan idola.
Pemimpin yang mengaku diri nya Islam, tetapi tidak kepada kelakuan sifatnya.
(Rosmah tak pakai tudung, itu dia punya pasal lah, itu dia sendiri jawab. yang kita bercakap sekarang pasal anak cucu agama dan bangsa)
kalau Pakatan Rakyat memerintah, undang-undang anti homoseksual akan dihapuskan kerana sudah lapuk- http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714 |
Ketika menerajui ABIM, beliaulah pemimpin yang agung. Setiap ceramahnya tidak lekang dari bacaan suci Al-Quran. Begitu suci sekali pemimpin ini.
Tetapi hari semakin hari, dek kerana punya sifat dengki, terlalu mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, kuasa menjadi perkara pokok, Akidah Umat Islam sanggup digadai !
Apakah ini yang kita mahukan sebagai pemimpin negara?
Apabila anak cucu kita tidak lagi mengenal agama dan bangsa, apakah kita sanggup menghadapinya?
Tiada undang-undang yang mampu menghalang nafsu muda anak cucu kita, apakah kita sanggup menerimanya?
Benar, kebebasan manusia, dan jika diikutkan, manusia tidak perlukan undang-undang. Kerana mereka boleh buat apa sahaja mengikut kehendak hati. Tetapi apa yang berlaku jika tiada undang-undang dalam dunia ini? Undang-undang adalah satu perkara yang mengawal sesuatu perkara dari menjadi buruk dan undang-undang dicipta untuk mendisiplinkan manusia.
Jangan samakan manusia dengan haiwan.
Di negara India, beruk-beruk bebas memasuki rumah penduduk dan mencuri makanan.
Tidak hairanlah kerana beruk-beruk adalah sejenis haiwan dan tidak tahu mengikut undang-undang.
Jika tahu sudah pasti beruk-beruk itu tahu yang mana mencuri itu adalah satu kesalahan.
Dulu, amat sukar untuk kita kenalpasti siapa itu golongan LGBT.
Kerana apa, kerana golongan itu begitu sukar dikesan.
Kerana mereka tahu erti 'salah' dan 'malu'.
Kini tidak lagi.
Di ruangan sosial Facebook, kita boleh lihat 'lelaki' di profil nya secara terangan tertulis 'gay' di ruangan 'sex'.
Bukan lagi 'male' atau 'female'.
Inilah petanda-petanda era 'Zaman Nabi Luth' kembali dalam negara.
Mampukah kita melihat anak cucu tidak mengenal agama yang kita asuh sejak kecil?
Adakah kita rela membiarkan zuriat kita terus hanyut
Dan yang paling utama, apakah kita mampu menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir di alam barzakh?
No comments:
Post a Comment