Tuesday, January 17, 2012

Homoseksual : Pencacai Anwar tolong jawabkan

Baru baru ni Anwar Ibrahim baru hendak bermegah dengan diwawancara oleh media antarabaangsa BBC.

Macam biasa lah wartawan antarabangsa ini jenis keras dan tak takut dalam menanyakan soalan.
Berbeza dengan wartawan dalam negara yg dilihat begitu takut kepada Anwar Ibrahim.
Takut kena herdik tengah tengah orang ramai.

Dlm wawancara bersama BBC tempoh hari Anwar sudahpun kantoi dalam hujahnya.
Terang lagi bersuluh.
Dan yg jeliknya pencacai dalam PKR akan sentiasa mempertahankan ketua nya itu.
Seolah olah rakyat tidak tahu dan PKR masih lagi berusaha untuk memperbodohkan orang ramai.

Itulah yg cuba dilakukan Ahmad Kassim, pengerusi biro pemahaman dan pemantapan agama PKR.

Spin selagi boleh spin.
Dikatakan juga isu mengenai wawancara Anwar Ibrahim yg KANTOI itu sebagai fitnah jahat media UMNO.

Inilah pembangkang, setiap apa yg mendatangkan masalah kepada mereka, UMNO jugalah yg ditunjuknya. Walhal mereka sendiri yg mencari masalah dan salah.

Tak ubah seperti peribahasa Melayu...
"Orang lain makan nangka, orang lain terkena getah"

1 jari telunjuk kepada UMNO, lagi 3 kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment