AdSense

Saturday, January 28, 2012

Itu PIMJAMAN.... Setiap yang dipimjam harus di bayar balik... Tang mana nak seleweng tu ?


Seleweng Seleweng Seleweng
Macam mana nak seleweng sedangkan ianya adalah duit pimjaman !
Apa yang dipimjam mesti dibayar balik.
Cetek sungguh pemikiran segelintir ahli pemimpin pembangkang yang nak publisiti ni.

"Hancur anak beranak kami kalau kami tak bayar balik"
Itu yang dikata oleh Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh.

Beliau menafikan dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Bila pembangkang memainkan isu ini, dan digembar gemburkan, ia kelihatan seolah olah dakwaan itu benar.Pembangkang seharusnya mendapatkan penjelasan daripada pihak NFC/NFCorcp, bukannya berceramah ke serata tempat dengan menyebarkan fitnah. Betoi dak?

Dari pemikiran logik akal, projek lembu ini baru capai setahun jagung.
Bagaimana boleh dikatakan gagal.
NFC mempunyai kira-kira 28 tahun lagi untuk projek ini.

Perlu tahu yang mana NFC ini mampu mengurangkan 40% kebergantungan terhadap daging import !
Dan projek lembu ini yang terang-terang digerakkan oleh Bumiputra. Dan mungkin kerana inilah dakwaan fitnah disebarkan bagi menidakkan kemajuan orang Melayu dari sektor ekonomi. Dan Melayu sendiri masih mempunyai sifat hasad dengki yang tinggi. Dan Melayu juga masih mudah diperkudakan.

No comments:

Post a Comment