Semakin hari semakin celupar si Anwar Al Jubs ini.
Setelah keluar dari pembebasan percaturan dari kes liwatnya, semakin menjadi-jadi ketua umum pakatan pembangkang ini.
Baik dari janji manis dengan mahu memberi royalti minyak, kepada menjilat geng sekutu Israel.
GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sebagai negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin, Anwar walaupun seorang pemimpin pembangkang di negara ini tidak sepatutnya berkata demikian.
Menurutnya, kenyataan Anwar itu jelas bertentangan dengan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat melihat hak rakyat Palestin segera dikembalikan oleh rejim Zionis.
“Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.
“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Klik
No comments:
Post a Comment