AdSense

Friday, December 16, 2011

Kepimpinan PAS ni mana reti menerima kebenaran !



Sudah banyak kali diperhatikan golongan pemimpin dalam parti PAS ini amat sukar untuk menerima kebenaran kecuali jika ia mendatangkan faedah kepada mereka.
PAS sukar untuk berpijak di bumi nyata.
Memurtadkan orang Islam yang kecoh di Damansara Utama Church baru-baru ini sebagai contoh.
Mereka sebenarnya sedia maklum akan hal berlaku jika tidak masakan Exco Agama mereka yakni Hassan Ali begitu lantang mempertahankan akidah umat Islam.
Tetapi mengapa kelantangan itu tidak menyeluruh kepada pemimpin PAS yang lain?
Kepimpinan PAS dilihat tidak democratic sehingga Hasan Ali diminta 'membisu' berhubung isu murtad di DUMC.
Sampai ada yang begitu 'play save' dek kerana menunggu kata putus serta perbincangan dari DAP terlebih dahulu.


Dan terbaru, kita boleh lihat konflik dalaman PAS yang agak ketara sejak kebelakangan ini.
PAS kata mereka memperjuangkan hak bersuara, demokrasi, kebebasan itu kebebasan ini.
Tetapi apa yang berlaku kepada Hasan Ali yang secara terbuka dan mungkin juga terlepas cakap mengenai perpaduan UMNO-PAS.


Jelas, PAS hari ini takut pada bayang-bayang sendiri dan takut untuk menegakkan kebenaran kerana mahu menjaga undi sesetengan golongan dan juga mahu menjaga rakan berlainan agenda, DAP.
Apakah DAP menjaga PAS?
Apa yang kedengaran di luar adalah. DAP ganti PAS.

Sehingga Mustaffa selaku setiausaha agung pun tidak menyebelahi Hasan Ali dan Nasha yang pro-ulamak juga tidak terkecuali dek kerana kelantangan mulut memperjuangkan Islam.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Nasharudin dalam kenyataan baru-baru ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.
----------------------------------------------------------------------------------------------


Kepimpinan apa yang dibawa PAS hari ini?
Dimana letaknya suara Islam yang kononnya mereka perjuangkan selama ini?
Dengan apa yang berlaku hari ini, suara Hasan Ali (Exco Agama) tidak diendahkan, suara pro-ulama diketepikan, jadi benarlah, DAP ganti PAS.

1 comment:

  1. Assalam

    Apa nak pelik sangat dengan PAS ni... Parti dah macam parti sampah... Kesalahan paling wahi bila mereka mula menyokong pemimpin yang mempunyai masalah salah laku yang ketara... sanggup menggunakan AL Quran untuk menghalalkan yang haram... Kuat sangat tabur fitnah... tidak pernah mahu mengaku kesalahan diri sendiri.. Pemimpin mereka semakin riak dah ada yang sudah diberikan gelaran nabi... Semua yang mereka buat memang pelik2, dari dulu sampai sekarang benci UMNO sampai tahap halal untuk bunuh orang UMNO... ALLAH tunjuk kat dunia ni tunai... Kat akhirat nanti sendiri tanggunglah..

    ReplyDelete