Friday, December 16, 2011

Anwar menakut-nakutkan orang ramai dengan fitnah terbaru !

Ada dua benda berbeza disini.
Yang pertama, cubaan menakut-nakutkan.
Kedua, fitnah.


Menurut sebaran berita putar belit di Mkini :
Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Kelakar bukan?
Inilah Anwar Ibrahim, sedang orang lain menganggap ETP adalah antara perkara yang mampu memajukan negara, tidak bagi penasihat kewangan syok sendiri itu.
Ini berlaku hanya kerana hasad dengki terhadap kerajaan BN/UMNO.
Apabila hati punya perasaan dendam, yang baik itu dijadikan buruk.




Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga
2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan
4. Pelancongan
5. Perkhidmatan perniagaan
6. Elektronik dan elektrikal
7. Pemborongan & peruncitan
8. Pendidikan
9. Penjagaan kesihatan
10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment