Wednesday, October 12, 2011

Kita Perlu KOMPANG!

Tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu
Itulah kerajaan Barisan Nasional sejak dulu.
Banyak benda banyak perkara yang orang ramai kadangkala tak tahu
Berbeza dengan pembangkang, telur sebiji riuh sekampung

"Kita perlu kompangkang!"
Ungkapan tegas Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju, Dato Shafei Abdullah ketika memberi penerangan di ceramah Jom Bongkar baru-baru ini



Dengan BANGGAnya pembangkang mengatakan mereka berjaya mengotakan janji
Janji memberi air kepada rakyat Selangor yang kira-kira RM11.++
Seluruh negara mereka berkokok

Walhal kerajaan persekutuan sudah banyak membantu rakyat
Dan banyak perkara yang diibaratkan seperti peribahasa diatas
Tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu

Rakyat seharusnya disedarkan dari perkara seperti ini
Musang tidak akan meliar matanya jika tidak mendengar bunyi kokokan ayam
Kerajaan Barisan Nasional terutamanya dari akar umbi, harus dan perlu KOMPANGkan apa segala jasa dan usaha kerajaan mendahulukan rakyat.

Rakyat harus disedarkan dengan jasa baik kerajaan.
Dan mungkin ada dikalangan masyarakat yang asyik mengutuk kerajaan itu tidak sedar yang mana nasi dimulut anak bini dan keluarga mereka itu disuapkan sendiri oleh tangan kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment