AdSense
Thursday, September 15, 2011
Konspirasi Membunuh Anwar
DAP, PAS, PKR.
Masing-masing ada agenda mereka sendiri.
Terbaru, ada petanda menunjukkan bahawa ada konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim dan ia adalah dari dalam parti pakatan rakyat itu sendiri.
Apakah berita ini benar atau tidak?
Lim Guan Eng menafikan peglibatannya dalam kewujudan laman sosial facebook (fan page) yang membawa tajuk "Malaysian Support Lim Guan Eng to be Prime Minister of Malaysia"
Jika dilihat dari sudut bilangan kerusi yang dipegang DAP, mereka melebihi dari PAS dan PKR.
Jadi berbaloikah buat DAP untuk merealisasikan impian Anwar Ibrahim untuk mengetuai tampuk pemerintahan?
DAP yang dilihat bekerja keras dalam mencari undi, berbeza dengan PAS dan PKR yang hanya asyik mencari publisiti serta isu yang remeh temeh serta membuang masa.
Mat Sabu dengan isu komunis nya dan Anwar Ibrahim sendiri sudah menjadi liabiliti atau beban berat buat pakatan rakyat untuk menanggungnya.
Dalam hal Mat Sabu, adakah isu komunis ini sengaja dimainkan supaya rakyat leka dengan kes yang dihadapi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?
Adakah ia juga untuk mengelirukan rakyat serta menyebabkan perpecahan dalam perpaduan di negara ini?
Kenapa setelah lebih 50tahun kita mencapai kemerdekaan, baru sekarang ia ditimbulkan?
Jika ia bukan permainan politik, apakah ia hanyalah satu plot cerita untuk membebaskan Anwar Ibrahim?
Jika PAS masih lagi mempertahankan Ketua Pembangkang itu, kenapa DAP tidak melakukan perkara sama?
Karpal Singh dalam kenyataannya tidak sebulu dengan Mat Sabu berkenaan isu komunis tersebut.
Dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook secara terbuka memberi kenyataan bahawa Lim Guan Eng bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia yang dari bangsa Cina.
Lock Siew Fook dan DAP sememangnya akan berusaha keras bagi memastikan masyarakat Cina memberi undi kepada mereka.
Bagaimanapula halnya dengan Mat Sabu dari parti PAS?
Isu komunis yang dibawanya seolah-olah mengangkat komunis dan sudah tentu ia memberi mesej jelas bahawa Mat Sabu mahu menarik undi masyarakat Cina dalam negara.
Secara tidak langsung, ia menenggelamkan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Dan jelas, ia memberi kesan positif buat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anuwar nanti duduk diam diam jadi President. Satu janji mimpi yang penuh ingauan buruk kerana dia perlu satu lagi pemberontakan utk memansuhkan perlembagaan beraja. Sementara tu LGE jadi PM la.
ReplyDeleteUmur pun dah tak da. Tak payah bunuh si Nuar. Dia mati sendiri.
Dah bangang... sentiasa bangang