Komunis, Mat Sabu.
Cerita yang hangat dewasa ini.
TETAPI
JANGAN kita lupa
Akan seorang lagi hamba Allah.
Anwar Ibrahim.
Jangan kerana cerita panas Mat Sabu yang mempertahankan komunis itu menyebabkan kita terlepas pandang akan Anugerah Tuhan ini.
Jika kerana Mat Sabu, anak-anak dalam parti PAS membenci untuk menjadi pejuang negara, benci untuk mempertahankan negara dan sewenang-wenangnya menghina pejuang yang gugur di medan pertempuran.
Anwar Ibrahim pula menyebabkan orang ramai berani untuk membuat laporan palsu! Ini mungkin akan berlaku dan menjadi parah jika tidak dibendung. Anwar Ibrahim boleh suka-suka membuat laporan polis palsu, kenapa orang ramai tak boleh buat perkara sama?
Mana pihak-pihak yang berkenaan kat Malaysia ni?????
Dok tangguh-tangguh dok lengah-lengah ni kenapa?
Masih tak cukup bukti ke?
Bukti yang menyatakan Anwar Ibrahim membuat laporan polis palsu berhubung isu video seks nya itu?
SIAPA ANWAR IBRAHIM nak dapat keistimewaan dalam undang-undang???
Adakah kerana bininya menggelarkannya Anugerah Tuhan?
Rakyat Malaysia sudah muak dengan KELEMBUTAN pihak-pihak yang berkenaan ni.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong juga mempersoalkan hal ini.
Begitu juga dengan Puteri UMNO.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali juga mempunyai pendapat yang sama. Dan banyak lagi pihak yang mendesak hal ini.
Apakah pihak yang berkenaan mahu 23juta rakyat Malaysia memberontak barulah hendak bertindak?
Undang-undang dicipta adalah untuk digunapakai, bukan hanya tersimpan di rak buku semata.
Buku yang kaya dengan ilmu tidak membawa apa-apa erti jika hanya menjadi barang perhiasan. |
No comments:
Post a Comment