" Sudah diberi betis mahukan peha "
Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar kanan, berbaju putih) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem dan keruntuhan rumah tangga.
"Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya. - Petikan dari portal Malaysiakini
Sampaikan kos-kos ulang-alik melawat ahli keluarga yang ditahan dibawah akta itu pun mereka mahu 'claim'.
Kalau sudah jenis manusia pemalas, ini lah caranya.
Semua benda mahu bergantung pada kerajaan.
ISA dimansuh, dimahukan pula pampasan.
Tahanan itu ditahan kerana apa?
Sudah melakukan kesalahan, mahu pula kerajaan seolah-olah membalas dengan memberi pampasan?
Jika begitu, ramailah rakyat akan melakukan kesalahan undang-undang.
Buat salah, dapat pampasan.
GMI
Gerakan Mansuhkan ISA
Golongan ini sememangnya jenis tak reti hendak bersyukur.
Sesungguhnya orang yang tidak mahu bersyukur itu adalah dari kalangan orang yang rugi.
No comments:
Post a Comment