Khabar menyatakan UMNO Pulau Pinang akan menyaman Ketua Menteri Negeri itu.
Ini berkenaan Lim Guan Eng yang dikatakan menuduh UMNO Pulau Pinang adalah dalang dalam demonstrasi dipejabatnya baru-baru ini. Dan juga di Jambatan pulau mutiara itu pada 1Julai serta cubaan membakar pejabat DAP P.Pinang pada 17Ogos.
UMNO P.Pinang sebelum ini menafikan hal tersebut dan menegaskan ianya satu tuduhan yang tidak berasas..
Setelah tempoh yang diberi kepada Ketua Menteri itu untuk memohon maaf secara terbuka gagal dilaksakan maka saman RM300 Juta bakal dikenakan kepada LGE.
Mungkinkah kerana menyedari bahawa saman yang berjumlah 'apalah sangat' itu, maka LGE bersikap angkuh?
Nilai yang mampu dibayar atau bahasa spesifiknya, celahan gigi itu maka tidak perlu tunduk pada desakan UMNO untuk meminta maaf?
No comments:
Post a Comment