AdSense
Monday, August 22, 2011
Live!!! Mahkamah Jln Duta : Anwar Balun Hakim ?!!!
Senapang kehabisan peluru, badan senapang itu dicampakkan.
Anwar sudah nazak. Habis semua dibalunnya. Sudah tentu lah DS Najib dan UMNO yang menjadi mangsanya. Biasalah, kesalahan diri sendiri tetapi salahkan orang lain pula. Dia sudah sedap makan nangka, hendak dilap pula getahnya pada orang lain.
Hakim dikatakan berat sebelah. Walhal kes saman-menyaman, PR lah yang banyak melakukannya. Surat khabar Utusan Malaysia, juga tidak terlepas dari menjadi mangsa oleh senapang yang kehabisan peluru ini. Walhal media yang menyebarkan fitnah antaranya Malaysiakini dan Harakah.
Kasihan mereka, dibulan Ramadhan yang mulia ini juga tak terlepas dari tohmahan busuk...
Hai, yang masalahnya sekarang adalah DSAI didakwa atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari.
Kenapa pula libatkan orang lain pula?
Orang yang tiada kena mengena.
Kenapa tak panggil Nurul Izzah sebagai saksi alibi?
Kenapa tak panggil Wan Azizah sebagai saksi alibi?
DSAI pilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah dan ianya tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, dan sudah pasti ianya dipilih kerana tidak disoal balas DPP.
Sedangkan soalan wartawan TV3 tempoh hari pun tidak mampu dijawab DSAI.
Sudahlah tidak dijawab, diherdiknya pula. Alahai kasihan...
PERINGATAN!!! JIKA TERINGIN NAK MAKAN BUAH NANGKA, SILA TANGGUNG SENDIRI RISIKO GETAHNYA, JANGAN NAK LAP PADA BAJU ORANG LAIN PULA !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment