Wednesday, August 24, 2011

Kantoi Lagi... SAH!!! LYNAS SELAMAT : Ahli Parlimen PAS













Jadi benarlah yang sebelum ini seorang YB dari Kuantan yang mempertikaikan keselamatan Lynas dengan berita palsu DEMI KEPENTINGAN POLITIK! Dijajanya cerita kononnya Lynas ini sebuah projek nuklear yang berisiko.

Mereka canangkang berita palsu dengan niat menakut-nakutkan rakyat terutamanya penduduk sekitar.
Inilah budaya pakatan rakyat kebanyakan.

Syukur Alhamdulillah, tidak semua pemimpin politik yang suka mempolitikkan sesuatu perkara. Jika benar katakan benar.

'Setelah saya sendiri yang memantau, saya sendiri yang monitor, Lynas selamat'
Itulah antara ungkapan yang keluar dari mulut seorang ahli parlimen PAS yang juga seorang saintis. Bercakap kepada wartawan '1Malaysia', Karam Singh Walia. Dan sebenarnya Lynas tidak berisiko langsung kepada alam sekitar mahupun penduduk setempat. Lynas juga adalah satu percambahan baru dalam memajukan ekonomi perindustrian dalam Malaysia.

Dan temubual ekslusif itu juga mendedahkan...

'Saya telah diingatkan untuk tidak komen apa-apa tentang Lynas. Tetapi sebagai seorang saintis, saya disini' tambah Ahli Parlimen itu lagi.

Jelas, pakatan pembangkang di Malaysia ini hanya pandai BERBOHONG dan BERPURA-PURA.
Dan mereka TAKUT untuk menegakkan kebenaran.
Semoga dengan keberanian menegakkan kebenaran yang tidak mementingkan politik semata-mata sepertimana yang dilakukan Ahli Parlimen PAS itu mendapat iktibar dari kalangan PAS khususnya dan Pakatan Pembangkang amnya. Terdahulu PAS sendiri dikejutkan dengan keberanian Dr Hassan Ali dengan isu arak dan murtad. Semoga pimpinan tertinggi PAS tidak menjadi bacul dan tunduk kepada sesuatu perkara demi kepentingan politik semata-mata. Dan ingat! PAS/PKR/DAP hanyalah parti politik yang hanya mampu memecahbelahkan perpaduan di Malaysia. Dan parti yang TERLALU banyak BERBOHONG demi kepentingan politik mereka. Juga parti yang BEGITU CEMBURU dengan kemajuan yang dicapai Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional, 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'

No comments:

Post a Comment